BERKERJA DI NEGARA ASING
Negara Malaysia memang sangat terkenal bagi peluang pekerjaannya di kalangan warganegara asing yang tinggal di negara-negara jiran serta negara maju. Hal ini adalah disebabkan oleh keadaan negara kita dimana kerajaan memang memerlukan tenaga buruh dari negara luar bagi memenuhi kekosongan pekerjaan yang terdapat di negara kita. Selain itu, gaji yang dibagi bagi pekerjaan yang ditawarkan juga sangat tinggi kerana ekonomi negara Malaysia yang sentiasa menjaga nilai mata wangnya pada tahap tetap.
Pekerjaan tersebut merangkumi dari pekerjaan buruh am seperti pekerja kontrak jalan raya, pembinaan banggunan, pembinaan jambatan, pekerja ladang, juru sapu sampah, penjual bunga dan sebagainya. Malah kerajaan juga mengalu-alukan kedatangan pekerja yang profesional seperti pensyarah, jurutera yang mahir, doktor perubatan, ahli perniagaan yang berjaya bagi membangunkan lagi prestasi negara kita di mata dunia.
Sebenarnya, pekerja asing yang sanggup berpisah keluaraga tersayang mereka datang ke negara kita dan berkerja bagi menampung keluarga mereka terpaksa menghadapi pelbagai kekangan. Iaitu, dari segi penggunaan bahasa, keadaan persekitaraan, tempat penginapan yang sesuai dan sebagainya. Pada pendapat saya, saya berasa berkerja di negara asing memang merupakan satu perbuatan yang mencabarkan dan susah.
En Ravi : Seorang Yang Gigih Berusaha
Pada usia yang ke-19 adakah anda sanggup untuk memikul beban keluarga yang besar yang merangkumi seramai 7 orang? Jawapannya adalah pasti tidak. Hakikatnya, dalam usia remaja ini biasanya kita hanya tahu berseronok itupun bukan menggunakan wang kita sendiri. Tetapi setelah melihat adik Ravi yang hanya berumur 19 tahun serta mempunyai kecacatan fizikal yang memikul beban keluarganya di atas bahunya itupun dengan berkerja di negara asing memang merupakan suatu perkara yang mengkagumkan.
Ravi berasal daripada Karaikudi yang merupakan salah satu tempat di bawah daerah Trinelveli, Tamilnadu, negara India. Sekarang dia berkerja sebagai penjual bunga di depan sebuah kedai runcit di Seri Kembangan. Dia juga merupakan seorang pelajar lulusan Plus 2 (menengah 6 atas) di India. Ravi belajar mengikat bunga dari bapanya.
RAVI yang tekun ikat bunga mempunyai kebolehan untuk mengikat bunga dalam pelbagai bentuk dalam masa kurang daripada 10 minit. Beliau berkerja di sini dari pagi 8.00 hingga 6.00 petang.
Ravi sebenarnya menjadi kurang berupaya pada umur yang ke-17 akibat satu kemalangan motor. Kemalangan tersebut telah mengubah kehidupan Ravi dengan sepenuhnya dimana kaki kirinya mengalami kecederaan yang teruk serta bapa Ravi telah menjadi cacat dalam kemalangan tersebut. Kecederaan itu telah mengakibatkan Ravi tidak dapat berjalan dengan betul. Dia hanya berjalan dengan lambat. Hal ini menyebabkan dia tidak dapat membuat sebarang kerja yang berat seperti berjalan dan mengakat barangan yang berat. Selain itu, dia tidak dapat menyambungkan pendidikannya disebabkan masalah kemiskinan. Maka, sebagai anak sulung serta satu satunya anak lelaki Ravilah bertanggung jawab untuk menjaga keluarganya selepas tragidi yang timpa kepada bapanya.
Maka, dengan bantuan pak ciknya, Ravi telah mengambil langkah berani dimana dia sanggup datang berkerja di negara asing iaitu Malaysia. Pada awalnya sebelum berkerja sebagai pengikat bunga di Seri Kembangan, Ravi telah berkerja sebagai pelayan di sebuah restoran makanan untuk sementara waktu dimana pemiliknya merupakan kenalan pak ciknya. Disebabkan adik Ravi orang dari negara India yang masih baru serta tidak mengetahui bahasa Melayu, dia telah menghadapi banyak masalah ketika berkerja di situ.
Antaranya adalah dia tidak begitu faham makanan apa yang dipesan oleh pelanggan yang berbangsa lain ketika mengambil pesanan. Tambahan pula, restoran tersebut sangat terkenal di kalangan orang Melayu kawasan tersebut dan merekalah merupakan pelanggan yang majoriti yang menkunjungi restoran tersebut. Selain itu, disebabkan bilangan pelanggan yang banyak Ravi akan berasa cepat letih dan sentiasa dimarahi oleh tuan restoran itu. Akibat tidak tahan dengan perangai tuannya Ravi telah melepaskan kerja tersebut dan telah datang berkerja di kedai ikat bunga di sebelah kuil Murugan, Seri Serdang.
Ravi sebenarnya mahir dalam mengikat bunga. Dia belajar mengikat bunga dari bapanya. Maka, dia berasa sangat selesa berkerja di kedai bunga Seri Serdang. Oleh itu, kedai bunga tersebut telah mendapat keuntungan yang lumayan disebabkan oleh kerja kerasnya. Malangnya, pemilik kedai bunga tersebut pula tidak membayar gajinya selama 2 bulan. Hal ini membangkitkan kemarahannya kerana dia harus menghantar wang perbelanjaan kepada keluaga tersayangnya dimana keluarganya hanya bergantung kepada gajinya sahaja. Maka, Ravi pun melepaskan kerja ini dan mula berkerja di kedai bunga yang berada di Seri Kembangan untuk gaji RM 750 sebulan.
Semasa bertanya akan tindakan yang dia ambil untuk mendapatkan gajinya balik dari pemilik bunga Seri Serdang, dia menjawab dengan tenang bahawa hanya Tuhan sahaja akan menghukum orang yang tipu sebegitu. Wajahnya yang tenang pula jelas menunjukkan penipuan gaji ini hanya merupakan perkara yang kecil baginya kerana dia telah menempuhi kesusahan yang lebih berat daripada itu dalam jangka masa berkerja di negara asing ini. Dia juga bersyukur kerana tuanya sekarang merupakan seorang yang murah hati serta beliau akan bagi gajinya tepat pada masa.
Ravi juga berkata dia terpaksa berpisah dari keluarganya dan berkerja keras di negara asing bagi mengumpulkan wang untuk melangsungkan perkahwinan 5 orang adik perempuannya serta untuk perbelanjaan perubatan bagi ibu dan bapanya. Ravi juga berkata selepas mengumpul wang yang banyak dia akan balik dan membuka kedai bunga yang baru di negara asalnya. Adik Ravi juga berpendapat bahawa walaupun dia dapat pendapatan yang lumayan di sini, dia tetap berasa keseorangan kerana berjauhan dengan keluarganya. Dia juga berkata kesusahan ini hanyalah untuk sementara dan setelah mengumpul wang yang secukupnya dia akan hidup dengan selesa bersama kelurga tersayangnya.
RAVI juga mendapat banyak pesanan menerusi telefon. Harga berpatutan yang dikenakan keatas bunga yag diikat menarik minat banyak pelanggan dari hari demi hari.
Disebabkan oleh kemahiran adik Ravi yang dapat mengikat bunga pada masa yang tersingkat ia telah menarik pelanggan yang banyak untuk datang ke kedainya. Pesanan bagi permintaan bunga juga boleh dibuat menerusi telefon. Ravi juga akan mengikat malai yang berbagai jenis. Malai bagi perkahwinan pula harus dipesan sebelum 2 hingga 3 hari kerana dia harus membeli bunga yang mahal yang sesuai dan boleh tahan untuk majlis perkhawinan tesebut.
ADIK Ravi boleh mengikat malai yang berbagai jenis, malai bagi Tuhan, malai yang menggunakan daun dari pokok ‘neem’, malai bagi perkahwinan dan sebagainya.
Sunday, October 25, 2009
BERSUKAN: AKTIVITI KEGEMARAAN REMAJA.
Bersukan sebenarnya adalah satu aktiviti yang dikawal oleh beberapa peraturan yang wajib diikuti bagi sukan yang dimain tersebut. Sukan biasanya disamakan dengan aktiviti yang yang melibatkan kebolehan fizikal. Sebagai contohnya, berenang, bola jarring, bola keranjang, bowling dan sebagainya.
Tetapi ada juga sukan yang dimainkan yang memerlukan kepintaran kita. Sebagai contohnya, permainan kad, permainan board (chess, dum) dan sebagainya. Selain itu, juga terdapat permainan seperti permainan motor dimana ketajaman minda merupakan elemen yang penting untuk bermain.
Sukan adanya dimainkan sebagai hobi sahaja bagi seseorang orang. Manakala ada yang bermain untuk sara diri, dimana menjadi atlitlah merupakan profession mereka. Fungsi bersukan adalah dapat menyenangkan hati dan minda seseorang. Hal ini adalah kerana bersukan memenatkan kita serta ia menyebabkan kita dapat tidur dengan tenang.
Selain itu, bersukan juga merupakan salah aktiviti senaman yang sangat popular di kalangan masyarakat. Senaman yang dilakukan berdasarkan melakukan aktiviti sukan dianggap lebih berproffesion di kalangan masyarakat moden sekarang. Selain itu, sukan biasanya melibatkan pihak yang menang dan pihak yang kalah.
Datang kepada topik kita iaitu, remaja di bandar mahupun yang tinggal di luar bandar, mereka biasanya meluangkan masa petang mereka dengan bersukan dengan kawan-kawan mereka.
Antara sukan yang diminati oleh mereka adalah permainan bola keranjang. Permainan bola keranjang adalah satu permainan yang dimainkan dalam satu pasukan. Permainan bola keranjang melibatkan 2 kumpulan dimana lima orang bagi setiap kumpulan. Mereka akan merebut untuk menjaringkan goal dengan menjaringkan bola tersebut ke dalam satu tiang jaring yang berukuran 10 kaki iaitu (3.048m).
Markah atau point akan diberi keatas kesemua bola yang berjaya dijaring ke dalam jaringan goal. Sukan ini amat digemari oleh masyarakat yang tinggal di merata dunia. Berikut adalah gambar yang menunjukkan gelanggang bola keranjang.
Gelenggang Bola Keranjang
Bola yang digunakan untuk permainan bola keranjang.
Seperti yang diberitahu awal, remaja lelaki memang sangat berminat dalam bersukan. Di tempat perumahan saya di bandar Ipoh, terdapat satu taman yang bernama Taman V.T Sambanthan. Setiap hari petang kita dapat melihat remaja atau belia lelaki datang ke taman tersebut untuk bermain bola keranjang. Mereka akan meluangkan masa mereka dengan bersukan dengan kawan-kawan mereka bagi menyenagkan fikiran mereka,
SEKUMPULAN pemuda sedang bermain bola keranjang dengan menantikan bola yang dijaring sebentar tadi untuk masuk ke dalam jaringan goal.
PASUKAN remaja yang merebut untuk mendapatkan bola yang tidak sempat memasuki jaringan goal.
SEORANG pemuda yang begitu tekun mencuba untuk menjaringkan goal walaupun dia ditentang oleh ahli pasaukan yang lain.
SEORANG remaja yang gigih bermain untuk menjaringkan goal.
SEORANG budak lelaki yang beri isyarat kepada ahli pasukannya yang lain untuk berada pada keadaan bersedia demi merebut untuk bola dengan segera.
AKSI budak kecil tersebut untuk merebut mendapatkan bola.

Subscribe to:
Posts (Atom)