PARIMANI
Saturday, October 5, 2013
Saturday, November 7, 2009
NEGARA kita Malaysia merupakan suatu negara yang sudah merdeka dimana ia bebas daripada sebarang naungan negara asing. Negara kita mendapat kemerdekaan melalui perundingan dimana ia berlandaskan kepada keamanan dan bukan melalui pertumpahan darah.
Sejarah mengatakan bahawa sebelum pemasyhuran kemerdekaan Tanah Melayu dibuat, pada 30 Ogos1957 pada pukul 12.00 tengah malam di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur telah diadakan upacara menurunkan bendera Union Jack bagi menandakan berakhirnya penjajahan British di Tanah Melayu dan lahirnya sebuah negara baru yang berdaulat, setaraf dan setimpal dengan semua negara-negara yang berdaulat di dunia. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan oleh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sambil disaksikan sendiri oleh Tunku Abdul Rahman.
Pada 31 Ogos 1957 bertempat di stadium yang baru dirasmikan iaitu Stadium Merdeka, Kuala Lumpur telah menyaksikan peristiwa bersejarah bagi Tanah Melayu iaitu secara rasminya penyerahan pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu daripada pemerintahan British kepada warganegara Tanah Melayu. Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu merupakan peristiwa pengumuman kemerdekaan bagi negara Malaysia pada 31 Ogos 1957.
Hari kemerdekaan adalah suatu hari yang sangat istimewa kepada semua golongan masyarakat negara Malaysia. Hal ini adalah kerana kita hidup di bawah satu bumbung secara bebas bersama kaum dan etnik yang berbagai jenis secara aman dan damai. Selain itu, negara Malaysia juga mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen bagi menjaga kepentingan seluruh warga Malaysia.
Selain itu, pengekalan situasi aman dan damai juga berkekalan disebabkan oleh pemerintahan pemimpin negara kita yang berpengalaman dan berkaliber. Cara mereka memerintah negara kita sentiasa dikagumi oleh rakyat serta pemimpin negara asing.
Selain itu, hari kemerdekaan juga dianggap sebagai istimewa kerana setiap tahun ia akan diraihkan dengan begitu meriah sekali di negeri masing-masing bersama pemerintah negeri masing-masing. Kerajaan juga menetapkan hari Kemerdekaan sebagai hari cuti umum di mana kerajaan memberi ruang untuk rakyat jelatanya meraihkan kegembiraan mendapat merdeka bagi negara Malaysia.
Disebabkan cuti umum saya telah balik ke negeri asal saya iaitu negeri Perak. Saya berasal dari Ipoh, Perak. Setiap tahun hari kemerkeaan akan disambut dengan begitu meriah sekali di negeri saya dengan ketibaan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah (Sultan Azlan Syah) Sultan negeri Perak.
Setiap tahun terdapat perbarisan khas yang diaturkan untuk pertujukkan khas kepada Sultan dan rakyat jelata pada hari kemerdekaan. Antara contoh perbarisan yang mengambil bahagian dalam hari kemerdekaan adalah perbarisan Polis Diraja Malaysia (PDRM), iaitu polis darat, Tentera udara (TUDM), Askar, perbarisan pancaragam PDRM, pancaragam sekolah-sekolah, perbarisan guru-guru, perbarisan TELEKOM, Tenaga Nasional, Syabas dan sebagainya.
Perkara yang sangat menarik adalah perbarisan-perbarisa yang mengambil bahagian akan merebut untuk menarikkan lagi pemandangan perbarisan mereka dengan memakai pakaian seragam yang unik, cara perbarisan yang selari dan sebagainya. Antara perbarisan yang sangat cantik dan menarik akan mencuit hati semua orang yang menghadirkan diri ke majlis sambutan hari kemerdekaan.
Di Ipoh, ulangtahun kemerdekaan peringkat negeri Perak disambut secara sederhana dan ringkas namun tetap bersemangat apabila rakyat pelbagai kaum dan agama meraikannya di perkarangan bangunan pentadbiran kerajaan negeri, Bangunan Perak Darul Ridzuan di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab di sini.
KETIBAAN Sultan Azlan Syah ke , Bangunan Perak Darul Ridzuan di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab bersama pengiring polis trafik.
Sambutan kemerdekaan diraihkan secara ringkas bagi megelakkan wabak H1N1 yang sangat berleluasa pada masa tersebut. Selain itu bulan Ogos juga merupakan bulan Rahmadhan.
KETIBAAN Sultan Azlan Syah ke Bangunan Perak Darul Ridzuan di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab bersama Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah dan Raja DiHilir Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa. Lagu Negaraku telah dinyanyikan sebagai permulaan sambutan hari kemerdekaan yang Ke-52.
Seterusnya , sambutan diteruskan dengan pemeriksaan Kawalan Kehormatan yang dianggotai tiga pegawai dan 103 anggota Batalion Kedua, Rejimen Renjer Diraja dari Kem Syed Putra di sini oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah dengan diiringi pasukan pancaragam KD Pelanduk , Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut.
SULTAN Azlan Syah telah memeriksa Kawalan Kehormatan yang dianggotai tiga pegawai dan 103 anggota Batalion Kedua, Rejimen Renjer Diraja dari Kem Syed Putra Ipoh.
SULTAN Azlan Syah telah memeriksa Kawalan Kehormatan yang dianggotai tiga pegawai dan 103 anggota Batalion Kedua, Rejimen Renjer Diraja dari Kem Syed Putra Ipoh.
Slogan kemerdekaan sambutan hari Kemerdekaan yang ke-52 adalah Satu Malaysia “Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan”. Maka, kumpulan penari yang mengambil bahagian dalam acara penarian telah membawa “Satu Malaysia” yang dibuat daripada kayu dan diwarnakan dengan begitu indah sekali.
Satu kumpulan penari yang merangkumi bangsa Melayu, Cina India, Khadhazan dan etnik-etnik yang lain bersama-sama membawa “Satu Malaysia” dengan melambaikan tangan dan jalur gemilang.
RAKYAT yang terdiri daripada pelbagai etnik sedang membawa Satu Malaysia dengan bersama.
MEREKA meletakkan Satu Malaysia di penjuru kawasan tersebut bagi membolehkan semua orang dapat tengoknya dengan jelas.
LAMBANG perpaduan negara Malaysia, Satu Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.
Selain itu, dengan musik pancaragam , kumpulan Koir Universiti Teknologi Petronas (UTP) yang terdiri daripada 40 orang ahli koir telah menyanyikan 3 buah lagu iaitu Negaraku ketika permulaan majlis dan 2 buah lagu lagi dalam slot persembahan iaitu Jalur Gemilang dan Satu Malaysia. Kumpulan koir ini dikendalikan oleh Pn.Farahin.
Universiti Teknologi Petronas (UTP) buat pertama kalinya sejak beberapa tahun ditubuhkan, pelajar-pelajarnya dijemput untuk membuat persembahan di majlis yang cukup besar iaitu sambutan hari kemerdekaan ke-52 peringkat negeri Perak.
Ketika bertanyakan perasaan mereka semasa mengambil bahagian dalam kumpulan koir ini mereka mengatakan bahawa, Merdeka tahun ini merupakan detik bersejarah kerana akhirnya impian untuk menyanyi di hadapan Sultan Perak , Sultan Azlan Syah dan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah terlaksana juga pada sambutan hari kemerdekaan ke-52 peringkat negeri Perak.
MAHASISWA UTP yang berbilang kaum mengambil bahagian di kumpulan koir bagi sambutan hari kemerdekaan ke-52 peringkat negeri Perak.
PANCARAGAM yang diwakili oleh Tentera Udara Diraja Malaysia juga menarik perhatian orang ramai. Ia juga menyanyikan musik untuk kumpulan koir semasa mereka menyanyikan lagu Negaraku.
Turut mencuri tumpuan ialah persembahan Kawad Senyap oleh 48 anggota TLDM yang dipimpin Lt Komander Mohamad Kamarudin K.Asnar yang menggunakan senjata M16 A1. Kawad senyap ini dijalankan selama lebih kurang 15 minit. Aksi-aksi yang digunakan dalam melakukan kawad senyap ini mengkagumkan semua orang.
Kawad senyap dengan memusingkan senjata M16 A1 dengan pantas.
SATU barisan besar telah berpisah kepada dua barisan yang berasingan. Aksi ini dibuat dengan cepat dan cekap tanpa sebarang kesilapan.
AKSI yang mendapat perhatian yang serta tepukan gemuruk dimana kadet akan melambungkan senjata M16 A1 dan tangkap balik sambil bergerak.
KADET menembak ke arah langit dengan menggunakan senjata M16 A1 sebanyak tiga kali sebagai tanda penghujung kawad senyap buat masa kini.
Ini disusuli dengan Tarian Rampaian Perpaduan yang dipersembahkan oleh Kumpulan Selendang Perak, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Perak, Badan Kesenian MBI, persatuan Cina dan India.
Tarian tersebut merangkumi tarian dari semua kaum iaitu tarian Melayu, tarian Cina, tarian India, tarian kadazhan dan sebaginya. Selain itu, 3 orang penyanyi yang terdiri daripada orang melayu, cina dan india telah menyanyikan lagu bagi tarian tersebut. Tarian yang ditunjukkan sangat menarik kerana ia adalah gaulan daripada semua jenis tarian. Penari juga menari dengan begitu pantas dan professional.
Penari yang mengambil bahagian dalam tarian ini telah memakai pakaian tradisional masing-masing.
TARIAN melayu yang ditarikan bersama penari yang berbilang kaum sempena kemerdekaan ke-52 di Ipoh.
TARIAN India yang ditarikan bersama penari yang berbilang kaum sempena kemerdekaan ke-52 di Ipoh.
TARIAN ini ditunjukkan bersama lagu yang dinyanyikan oleh 3 orang dari kaum Cina, India dan Melayu. Mereka menyanyikan satu lagu yang sama tetapi di bahasa ibunda masing-masing.
SEBAGAI tarian akhir seemua penari yang mengambil bahagian dalam tarian tersebut telah sama-sama menari dengan memegang bendara negara Malaysia kita yang tercinta.
Akhirnya perbarisan oleh 12 kontinjen pasukan keselamatan telah dijalankan. Antara kontingen adalah yang megambil bahagian adalah Tentera Udara Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Tentera Darat Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan pihak berkuasa tempatan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).
KONTINGEN ASKAR.
KONTINGEN BOMBA DAN PENYELAMAT.
KONTINGEN RELA MALAYSIA.
KONTINGEN PIHAK BERKUASA MAJLIS BANDARAYA IPOH (MBI).
Antara yang turut berangkat ke majlis sambutan itu bersama Sultan Azlan Syah ialah Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah dan Raja DiHilir Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa. Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan barisan Exco kerajaan negeri.
BARISAN Exco kerajaan negeri yang ayunkan jalur gemilang di samping menyanyikan lagu Perak Gemilang.
Lebih kurang pada pukul 10.00 pagi sambutan kemerdekaan yang ke -52 telah sudah tamat di Ipoh. Sultan Azlan Syah dan Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah dan Raja Di Hilir Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa telah berangkat.
SULTAN Azlan Syah berangkat selepas kesempurnaan sambutan kemerdekaan yang ke-52 di Ipoh bagi negeri Perak.
KEHORMATAN yang dibagi kepada Sultan Azlan Syah , Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah dan Raja DiHilir Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa semasa baginda semua berangkat.
Sunday, October 25, 2009
Negara Malaysia memang sangat terkenal bagi peluang pekerjaannya di kalangan warganegara asing yang tinggal di negara-negara jiran serta negara maju. Hal ini adalah disebabkan oleh keadaan negara kita dimana kerajaan memang memerlukan tenaga buruh dari negara luar bagi memenuhi kekosongan pekerjaan yang terdapat di negara kita. Selain itu, gaji yang dibagi bagi pekerjaan yang ditawarkan juga sangat tinggi kerana ekonomi negara Malaysia yang sentiasa menjaga nilai mata wangnya pada tahap tetap.
Pekerjaan tersebut merangkumi dari pekerjaan buruh am seperti pekerja kontrak jalan raya, pembinaan banggunan, pembinaan jambatan, pekerja ladang, juru sapu sampah, penjual bunga dan sebagainya. Malah kerajaan juga mengalu-alukan kedatangan pekerja yang profesional seperti pensyarah, jurutera yang mahir, doktor perubatan, ahli perniagaan yang berjaya bagi membangunkan lagi prestasi negara kita di mata dunia.
Sebenarnya, pekerja asing yang sanggup berpisah keluaraga tersayang mereka datang ke negara kita dan berkerja bagi menampung keluarga mereka terpaksa menghadapi pelbagai kekangan. Iaitu, dari segi penggunaan bahasa, keadaan persekitaraan, tempat penginapan yang sesuai dan sebagainya. Pada pendapat saya, saya berasa berkerja di negara asing memang merupakan satu perbuatan yang mencabarkan dan susah.
En Ravi : Seorang Yang Gigih Berusaha
Pada usia yang ke-19 adakah anda sanggup untuk memikul beban keluarga yang besar yang merangkumi seramai 7 orang? Jawapannya adalah pasti tidak. Hakikatnya, dalam usia remaja ini biasanya kita hanya tahu berseronok itupun bukan menggunakan wang kita sendiri. Tetapi setelah melihat adik Ravi yang hanya berumur 19 tahun serta mempunyai kecacatan fizikal yang memikul beban keluarganya di atas bahunya itupun dengan berkerja di negara asing memang merupakan suatu perkara yang mengkagumkan.
Ravi berasal daripada Karaikudi yang merupakan salah satu tempat di bawah daerah Trinelveli, Tamilnadu, negara India. Sekarang dia berkerja sebagai penjual bunga di depan sebuah kedai runcit di Seri Kembangan. Dia juga merupakan seorang pelajar lulusan Plus 2 (menengah 6 atas) di India. Ravi belajar mengikat bunga dari bapanya.
RAVI yang tekun ikat bunga mempunyai kebolehan untuk mengikat bunga dalam pelbagai bentuk dalam masa kurang daripada 10 minit. Beliau berkerja di sini dari pagi 8.00 hingga 6.00 petang.
Ravi sebenarnya menjadi kurang berupaya pada umur yang ke-17 akibat satu kemalangan motor. Kemalangan tersebut telah mengubah kehidupan Ravi dengan sepenuhnya dimana kaki kirinya mengalami kecederaan yang teruk serta bapa Ravi telah menjadi cacat dalam kemalangan tersebut. Kecederaan itu telah mengakibatkan Ravi tidak dapat berjalan dengan betul. Dia hanya berjalan dengan lambat. Hal ini menyebabkan dia tidak dapat membuat sebarang kerja yang berat seperti berjalan dan mengakat barangan yang berat. Selain itu, dia tidak dapat menyambungkan pendidikannya disebabkan masalah kemiskinan. Maka, sebagai anak sulung serta satu satunya anak lelaki Ravilah bertanggung jawab untuk menjaga keluarganya selepas tragidi yang timpa kepada bapanya.
Maka, dengan bantuan pak ciknya, Ravi telah mengambil langkah berani dimana dia sanggup datang berkerja di negara asing iaitu Malaysia. Pada awalnya sebelum berkerja sebagai pengikat bunga di Seri Kembangan, Ravi telah berkerja sebagai pelayan di sebuah restoran makanan untuk sementara waktu dimana pemiliknya merupakan kenalan pak ciknya. Disebabkan adik Ravi orang dari negara India yang masih baru serta tidak mengetahui bahasa Melayu, dia telah menghadapi banyak masalah ketika berkerja di situ.
Antaranya adalah dia tidak begitu faham makanan apa yang dipesan oleh pelanggan yang berbangsa lain ketika mengambil pesanan. Tambahan pula, restoran tersebut sangat terkenal di kalangan orang Melayu kawasan tersebut dan merekalah merupakan pelanggan yang majoriti yang menkunjungi restoran tersebut. Selain itu, disebabkan bilangan pelanggan yang banyak Ravi akan berasa cepat letih dan sentiasa dimarahi oleh tuan restoran itu. Akibat tidak tahan dengan perangai tuannya Ravi telah melepaskan kerja tersebut dan telah datang berkerja di kedai ikat bunga di sebelah kuil Murugan, Seri Serdang.
Ravi sebenarnya mahir dalam mengikat bunga. Dia belajar mengikat bunga dari bapanya. Maka, dia berasa sangat selesa berkerja di kedai bunga Seri Serdang. Oleh itu, kedai bunga tersebut telah mendapat keuntungan yang lumayan disebabkan oleh kerja kerasnya. Malangnya, pemilik kedai bunga tersebut pula tidak membayar gajinya selama 2 bulan. Hal ini membangkitkan kemarahannya kerana dia harus menghantar wang perbelanjaan kepada keluaga tersayangnya dimana keluarganya hanya bergantung kepada gajinya sahaja. Maka, Ravi pun melepaskan kerja ini dan mula berkerja di kedai bunga yang berada di Seri Kembangan untuk gaji RM 750 sebulan.
Semasa bertanya akan tindakan yang dia ambil untuk mendapatkan gajinya balik dari pemilik bunga Seri Serdang, dia menjawab dengan tenang bahawa hanya Tuhan sahaja akan menghukum orang yang tipu sebegitu. Wajahnya yang tenang pula jelas menunjukkan penipuan gaji ini hanya merupakan perkara yang kecil baginya kerana dia telah menempuhi kesusahan yang lebih berat daripada itu dalam jangka masa berkerja di negara asing ini. Dia juga bersyukur kerana tuanya sekarang merupakan seorang yang murah hati serta beliau akan bagi gajinya tepat pada masa.
Ravi juga berkata dia terpaksa berpisah dari keluarganya dan berkerja keras di negara asing bagi mengumpulkan wang untuk melangsungkan perkahwinan 5 orang adik perempuannya serta untuk perbelanjaan perubatan bagi ibu dan bapanya. Ravi juga berkata selepas mengumpul wang yang banyak dia akan balik dan membuka kedai bunga yang baru di negara asalnya. Adik Ravi juga berpendapat bahawa walaupun dia dapat pendapatan yang lumayan di sini, dia tetap berasa keseorangan kerana berjauhan dengan keluarganya. Dia juga berkata kesusahan ini hanyalah untuk sementara dan setelah mengumpul wang yang secukupnya dia akan hidup dengan selesa bersama kelurga tersayangnya.
RAVI juga mendapat banyak pesanan menerusi telefon. Harga berpatutan yang dikenakan keatas bunga yag diikat menarik minat banyak pelanggan dari hari demi hari.
Disebabkan oleh kemahiran adik Ravi yang dapat mengikat bunga pada masa yang tersingkat ia telah menarik pelanggan yang banyak untuk datang ke kedainya. Pesanan bagi permintaan bunga juga boleh dibuat menerusi telefon. Ravi juga akan mengikat malai yang berbagai jenis. Malai bagi perkahwinan pula harus dipesan sebelum 2 hingga 3 hari kerana dia harus membeli bunga yang mahal yang sesuai dan boleh tahan untuk majlis perkhawinan tesebut.
ADIK Ravi boleh mengikat malai yang berbagai jenis, malai bagi Tuhan, malai yang menggunakan daun dari pokok ‘neem’, malai bagi perkahwinan dan sebagainya.
Bersukan sebenarnya adalah satu aktiviti yang dikawal oleh beberapa peraturan yang wajib diikuti bagi sukan yang dimain tersebut. Sukan biasanya disamakan dengan aktiviti yang yang melibatkan kebolehan fizikal. Sebagai contohnya, berenang, bola jarring, bola keranjang, bowling dan sebagainya.
Tetapi ada juga sukan yang dimainkan yang memerlukan kepintaran kita. Sebagai contohnya, permainan kad, permainan board (chess, dum) dan sebagainya. Selain itu, juga terdapat permainan seperti permainan motor dimana ketajaman minda merupakan elemen yang penting untuk bermain.
Sukan adanya dimainkan sebagai hobi sahaja bagi seseorang orang. Manakala ada yang bermain untuk sara diri, dimana menjadi atlitlah merupakan profession mereka. Fungsi bersukan adalah dapat menyenangkan hati dan minda seseorang. Hal ini adalah kerana bersukan memenatkan kita serta ia menyebabkan kita dapat tidur dengan tenang.
Selain itu, bersukan juga merupakan salah aktiviti senaman yang sangat popular di kalangan masyarakat. Senaman yang dilakukan berdasarkan melakukan aktiviti sukan dianggap lebih berproffesion di kalangan masyarakat moden sekarang. Selain itu, sukan biasanya melibatkan pihak yang menang dan pihak yang kalah.
Datang kepada topik kita iaitu, remaja di bandar mahupun yang tinggal di luar bandar, mereka biasanya meluangkan masa petang mereka dengan bersukan dengan kawan-kawan mereka.
Antara sukan yang diminati oleh mereka adalah permainan bola keranjang. Permainan bola keranjang adalah satu permainan yang dimainkan dalam satu pasukan. Permainan bola keranjang melibatkan 2 kumpulan dimana lima orang bagi setiap kumpulan. Mereka akan merebut untuk menjaringkan goal dengan menjaringkan bola tersebut ke dalam satu tiang jaring yang berukuran 10 kaki iaitu (3.048m).
Markah atau point akan diberi keatas kesemua bola yang berjaya dijaring ke dalam jaringan goal. Sukan ini amat digemari oleh masyarakat yang tinggal di merata dunia. Berikut adalah gambar yang menunjukkan gelanggang bola keranjang.
Gelenggang Bola Keranjang
Bola yang digunakan untuk permainan bola keranjang.
Seperti yang diberitahu awal, remaja lelaki memang sangat berminat dalam bersukan. Di tempat perumahan saya di bandar Ipoh, terdapat satu taman yang bernama Taman V.T Sambanthan. Setiap hari petang kita dapat melihat remaja atau belia lelaki datang ke taman tersebut untuk bermain bola keranjang. Mereka akan meluangkan masa mereka dengan bersukan dengan kawan-kawan mereka bagi menyenagkan fikiran mereka,
SEKUMPULAN pemuda sedang bermain bola keranjang dengan menantikan bola yang dijaring sebentar tadi untuk masuk ke dalam jaringan goal.
PASUKAN remaja yang merebut untuk mendapatkan bola yang tidak sempat memasuki jaringan goal.
SEORANG pemuda yang begitu tekun mencuba untuk menjaringkan goal walaupun dia ditentang oleh ahli pasaukan yang lain.
SEORANG remaja yang gigih bermain untuk menjaringkan goal.
SEORANG budak lelaki yang beri isyarat kepada ahli pasukannya yang lain untuk berada pada keadaan bersedia demi merebut untuk bola dengan segera.
AKSI budak kecil tersebut untuk merebut mendapatkan bola.
Monday, September 14, 2009
SERDANG : Bazar Ramadhan di Seri Serdang yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) secara besar-besaran sempena bulan Ramadhan telah menarik perhatian ramai orang yang tinggal di kawasan tersebut. Kawasan tapak pasar malam Seri Serdang dipenuhi kira-kira sebanyak 90 buah khemah gerai makanan. Antara pembeli yang mengkunjungi Bazar Ramadhan adalah terdiri daripada golongan rakyat yang berbilang kaum.
Bazar Ramadhan di kawasan Seri Serdang biasanya bermula pada pukul 4.00 petang dan berakhir pada pukul 7.00 malam. Selain itu, para pedagang bermusim yang tumbuh seperti cendawan pula menjaja pelbagai jenis barang makanan.
Antara gerai yang mengambil tempat di kawasan tersebut adalah gerai kuih-muih, gerai buah-buahan, gerai nasi campur, murtabak, ayam bakar dan ayam madu, gerai burger dan sebagainya. Gerai minuman yang menyajikan pelbagai jenis minuman yang berwarna-warni juga dijual di Bazar Ramadhan di Seri Serdang.
Bazar Ramadhan Seri Serdang yang dibanjiri oleh masyarakat setempat kira-kira pada pukul 6.00 petang di tapak pasar malam Seri Serdang.
Golongan pembeli yang terdiri daripada pelbagai kaum di Bazar Ramadhan Seri Serdang.
KUIH-muih yang berwarna-warni menjadi pilihan semua orang dan ia didapati pada harga yang berpatutan.
KOLEJ KELIMA, UPM: Sempena bulan Ramadhan al-Mubarak, Seketeriat Asas Keusahawanan Kolej Kelima telah menganjurkan Gerai Deliciox iaitu bazar Ramadhan bermula dari 24 Ogos 2009. Bazar Ramadhan tersebut bertempat di sebelah Fauntain Kolej Kelima.
Gerai Deliciox dikendalikan oleh ahli-ahli Seketeriat Asas Keusahawanan Kolej Kelima yang merupakan pelajar-pelajar Kolej Kelima. Mereka akan menyajikan makanan dan minuman untuk berbuka puasa. Selain itu, gerai akan mula beroperasi dari pukul 4.00 petang hingga 8.00 malam.
Antara menu yang disajikan adalah nasi lemak berserta dengan lauk-lauk pilihan seperti ayam, sotong dan sosej dan ayam bakar.
PELAJAR- pelajar Kolej Kelima yang sedang membeli makanan pilihan mereka. Gerai Deliciox menarik perhatian pelajar yang berbilang kaum.
AHLI-ahli Seketeriat Asas Keusahawanan Kolej Kelima menjualkan kepak ayam madu yang dimasak sendiri menggunakan dapur satay di sebelah khemah ini.
BASAR RAMADHAN KOLEJ TUN PERAK
KOLEJ TUN PERAK: Kolej Tun Perak (KTP) juga telah menganjurkan Bazar Ramadhan sempena Bulan Ramadhan 2009 ini. Sebanyak 10 buah gerai makanan telah beroperasi di tapak perhentian kereta pelajar (Parkir Pelajar), Kolej Tun Perak (KTP). Golongan penjual makanan pula terdiri daripada pelajar-pelajar Kolej Tun Perak (KTP).
PARA pelajar yang mengunjungi gerai makanan yang berada di tapak perhentian kereta Kolej Tun Perak (KTP).
KEDAI murtabak Kolej Tun Perak (KTP) merupakan gerai yang paling popular di kalangan gerai makanan yang lain. Hal ini adalah kerana semangat para penjual yang tidak letih mempromosikan murtabak mereka kepada pelanggan yang datang ke tempat tersebut.
Thursday, September 3, 2009
SERDANG,UPM: Every single achievement from a successful person definitely starts from his first step. And those ideas to go forward to achieve something will be generated or coming from the person who working behind the door. In my point of view, ‘behind the door’ can be explained as a person’s effort to grab the opportunity to achieve a higher status. Besides, behind the door there will be a person’s secrets, sacrifices, achievements, happiness, tears, busyness, tiredness, exuberant, weakness and all his feelings took place.
The person that I interview is an icon who is well known among Journalism students. He is a UPM staf. His name is Mr. Ramzani bin Abdul Munim or well known as Abang Ram. Abang Ram working as a lab assistant in Photography Lab which is located in second floor of block B of Faculty of Modern Languages and Communication (FBMK), UPM.
THE view of En.Ramzani’s room’s door. We will be welcomed by sponge bob’s sticker which is stick in front of the door and by the sound of wind chimer made by bamboo made in Sarawak which is hanged behind the door.
Mr. Ramzani bin Abdul Munim (Abang Ram) working as lab assistant in UPM. He was born in Hospital Pantai in Petaling Jaya. He is 28 years old and his date of birth is 27.1.1981. Now he is staying at Sungai Rahmal, Kajang with his lovely wife named Nor Amzani and sweet daughter Sarah Hanisah binti Ramzani. For you information Abang Ram’s father Mr. Abdul Munim bin Dawam also is a UPM staff working as Timbalan Pendaftar in Banggunan Hal Ehwal Pelajar (BHEP). His wife working at Medical Faculty, UPM. She is a former UPM student.
Referring to Mr. Ramzani’s academic achievement, he is a Diploma holder. He graduated in Electric and Electronic in British Malaysia Institute (BMI). Other than that, he is so much interested on photography. So, he explore the photography field by attending two photography courses which are Photography Course & Training by RFM Photomaster and Basic Photography course and training, Advertising photography. Abang Ram also has completed Certificate in Adobe Photoshop 7.0. Besides, work as a lab assistant, he also have experience on teaching Photoshop to Bachelor Communication majoring in Journalism students for the photojournalism class.
ABANG Ram is showing his DSLR Nicon D 100 camera with the dome defuser (which is used to take pictures in a small place to make that place looks more interesting). He also has DSLR Nicon D 2X.
Abang Ram showing the way to use this equipment. This equipment will be used to take pictures under the sea. We have to fix the camera inside this equipment so that it won’t get wet.
Abang Ram also working as a part time photographer during the weekend or leisure time. One of his favorite part time job is taking pictures of track racing. Track racing is a form of motorcycle racing where teams or individuals race opponents around an oval track. He had gone to take pictures during famous event season such as Merdeka Race in Sepang. Furthermore, he also has experience on taking marine pictures. Abang Ram normally went to Laut Perhentian Redang twice a year to take pictures of marine lives, for relaxation and to collect corals from the sea. His decoration using the corals on the top of his cupboard looks very attractive.
Beautiful coral collection from Laut Perhentian Redang.
According to Abang Ram the most memorable event that happens in his life is when he receives two awards. The first award is Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia ke-32 (UniMAP), on 2007 at Universiti Malaysia Perlis. Secondly, he receives a honor for his service. The award he receives is Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2004.
Award from (UniMAP)
Mr. Ramzani bin Abdul Munim also interested in doing origami. Origami is the traditional Japanese art of paper folding. The goal of this art is to create a representation of an object using geometric folds and crease patterns preferably without gluing or cutting the paper, and using only one piece of paper. He normally downloads any origami pictures from the internet and tries to do it on his own during his leisure time. He kept one of his collections which is a cat in his room. Other than origami, he also used to do bottle decoration during his free time.
Origami cat
In addition Mr. Ramzani bin Abdul Munim is also a guitar player. He has a semi-hollow electric guitar which produce little sound without amplification. He also a rock music fan. He also had entered a competition during his school days which is on Form 4. And he manage to won third place on that competition.
Badminton is abang Ram,s favorite. The famous badminton player he admires is Lin Dan. Lin Dan is a dominant Chinese badminton player of Hakka ancestry. He has been nicknamed "Super Dan" by his fans. Lin won the men's singles gold medal at the 2008 Summer Olympics. He is the only player in badminton history to have won three singles world championship titles having done so consecutively in 2006, 2007, and 2009. These are things which attracted Abang Ram towards this world champion.
Inside his room.