Monday, September 14, 2009

BAZAR RAMADHAN MPSJ


SERDANG : Bazar Ramadhan di Seri Serdang yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) secara besar-besaran sempena bulan Ramadhan telah menarik perhatian ramai orang yang tinggal di kawasan tersebut. Kawasan tapak pasar malam Seri Serdang dipenuhi kira-kira sebanyak 90 buah khemah gerai makanan. Antara pembeli yang mengkunjungi Bazar Ramadhan adalah terdiri daripada golongan rakyat yang berbilang kaum.


Bazar Ramadhan di kawasan Seri Serdang biasanya bermula pada pukul 4.00 petang dan berakhir pada pukul 7.00 malam. Selain itu, para pedagang bermusim yang tumbuh seperti cendawan pula menjaja pelbagai jenis barang makanan.


Antara gerai yang mengambil tempat di kawasan tersebut adalah gerai kuih-muih, gerai buah-buahan, gerai nasi campur, murtabak, ayam bakar dan ayam madu, gerai burger dan sebagainya. Gerai minuman yang menyajikan pelbagai jenis minuman yang berwarna-warni juga dijual di Bazar Ramadhan di Seri Serdang.




Bazar Ramadhan Seri Serdang yang dibanjiri oleh masyarakat setempat kira-kira pada pukul 6.00 petang di tapak pasar malam Seri Serdang.


Golongan pembeli yang terdiri daripada pelbagai kaum di Bazar Ramadhan Seri Serdang.



BUAH-buahan yang pelbagai jenis juga terdapat di gerai buah-buahan di Bazar Ramadhan Seri Serdang .


AIR minuman yang aneka jenis warna dan perasa juga dijual di Bazar Ramadhan Seri Serdang .



NASI campur merupakan item makanan yang popular yang dibeli oleh para pembeli.



KUIH-muih yang berwarna-warni menjadi pilihan semua orang dan ia didapati pada harga yang berpatutan.


BASAR RAMADHAN KOLEJ KELIMA


KOLEJ KELIMA, UPM: Sempena bulan Ramadhan al-Mubarak, Seketeriat Asas Keusahawanan Kolej Kelima telah menganjurkan Gerai Deliciox iaitu bazar Ramadhan bermula dari 24 Ogos 2009. Bazar Ramadhan tersebut bertempat di sebelah Fauntain Kolej Kelima.


Gerai Deliciox dikendalikan oleh ahli-ahli Seketeriat Asas Keusahawanan Kolej Kelima yang merupakan pelajar-pelajar Kolej Kelima. Mereka akan menyajikan makanan dan minuman untuk berbuka puasa. Selain itu, gerai akan mula beroperasi dari pukul 4.00 petang hingga 8.00 malam.


Antara menu yang disajikan adalah nasi lemak berserta dengan lauk-lauk pilihan seperti ayam, sotong dan sosej dan ayam bakar.




PELAJAR- pelajar Kolej Kelima yang sedang membeli makanan pilihan mereka. Gerai Deliciox menarik perhatian pelajar yang berbilang kaum.




AHLI-ahli Seketeriat Asas Keusahawanan Kolej Kelima menjualkan kepak ayam madu yang dimasak sendiri menggunakan dapur satay di sebelah khemah ini.


BASAR RAMADHAN KOLEJ TUN PERAK

KOLEJ TUN PERAK: Kolej Tun Perak (KTP) juga telah menganjurkan Bazar Ramadhan sempena Bulan Ramadhan 2009 ini. Sebanyak 10 buah gerai makanan telah beroperasi di tapak perhentian kereta pelajar (Parkir Pelajar), Kolej Tun Perak (KTP). Golongan penjual makanan pula terdiri daripada pelajar-pelajar Kolej Tun Perak (KTP).





PARA pelajar yang mengunjungi gerai makanan yang berada di tapak perhentian kereta Kolej Tun Perak (KTP).




KEDAI murtabak Kolej Tun Perak (KTP) merupakan gerai yang paling popular di kalangan gerai makanan yang lain. Hal ini adalah kerana semangat para penjual yang tidak letih mempromosikan murtabak mereka kepada pelanggan yang datang ke tempat tersebut.

No comments:

Post a Comment